Tuesday, 16 February 2016

Hai akak. Hipster-hipster nak pergi mana?


Sorrylah kalau ade yang hipster baca ni.

Korang tahu tak hipster tu ape?
Aku mula-mula tak tahu hispter tu ape.
Sebab aku tak kesah pun kezadah pulak hipster tu.

Tapi disebabkan aku pernah kena seketul dek kawan aku dia kata aku selekeh!
Aku terus macam "Nak pergi kelas je pun tshirt jeans dah okey sangat!"
Kelas je pun! bukan nak pergi MALL!

Aku memang tak hipster.
Sebab macam aku cakap yang aku tak heran pun.
Tapi ayat selekeh tu menusuk kalbu hakak okey.

Satu hari aku dalam bilik.
Tingkap bilik aku dekat kolej tu menghadap jambatan utama yang menghubungkan kolej dan fakulti aku.
Aku kan duduk katil atas aku suka lah selak langsir sebab nak tengok orang sekeliling aku.
Aku memang macam ni. Entah kenapa.
dan aku perasan dak-dak acah hipster ni diorang akan kawan dengan geng diorang yang hipster jugak.
Tu ape yang aku perasan jelah.

Ape itu hipster?

The hipster subculture is composed of affluent or middle class young who reside primarily in gentrifying neighborhoods.

Hipster ialah cabang kebudayaan terdiri daripada mewah atau tengah muda kelas yang tinggal terutamanya di kawasan-kawasan perumahan gentrifying.


From my to cent only.
Pendapat aku sahaja. Tak tahu pulak korang.

Semua gambar dalam entry ni aku google je.

Mewah. Memang.
Apa yang aku perasan diorang akan pakai bende yang berjenama sahaja.
Boifren pon kena kaya.
Barulah hipster termashur malaya beb!


Kena ada sense of photography skill.
Gambar nak post dekat instagram kena gempak baru hipster dan ramai like.
Kena bagi tahu orang lain yang awak tu hipster.
Hari-hari post #OOTD dekat instagram.



Seluar kena ketat.
Legging. Skinny jeans.
Tapi bila pakai tudung tu.... Aku tak berani cakap lah.

American Apparel, H&M, Uniqlo, ASOS, Mango, CobraSnake, dan Urban Outfitters. Hah ape lagi.


Baju kena longgar. Supaya nampak mewah dan bergaya.
Style kena ada. Jenama kena ada.

Kasut kena ikut peredaran semasa.
Jenama paling penting.
Tak mainlah setakat pakai kasut pasar malam rm 15 tu.
Tak hipsterlah.

Adidas, nike, puma, carlo rino, sembonia nah ape lagi.



Nak pegang handbag pun kena ada style.
Jenama handbag kena tunjuk.

Paling-paling pun vincci lah. Sembonia, carlo rino, mango, CK tah ape lagi.

Spek mata kena style besau-besau tu. Tak kesah ade power ke tak. Asalkan bergaya katanya.
Kena baca novel indie. Lupakan novel tangkap leleh.
Jalan-jalan jumpe barang rare tangkap gambar dengan penuh style dan post di instagram. Beli atau tak tu belakang kira.

Bak kata diorang "gaya kena ada"
Tak kisahlah setakat pergi kelas je. Gaya kena ada.


Aku tak larat dah nak taip dah.

Mungkin sebab tu diorang pandang aku tak sampai sebelah mata.
Fuhhh sebab aku tak macam tu.

Tudung saya ke kelas pun tak bergosok.
Sampai lect pun dah tau yang saya suka pakai tudung tak payah gosok tapi still okey. Haha

14 comments:

  1. tak kisah la apa tu hipster ke hamster ke janji MESTI tutup aurat..

    ReplyDelete
  2. tak kisah la apa tu hipster ke hamster ke janji MESTI tutup aurat..

    ReplyDelete
  3. Haha. Hipsturrrr. Tadi baru duk bincang pasal ni dengan geng. Haha

    ReplyDelete
  4. hmm..diorang be-trep jak tu..kata org sabah hahaha tak kesahlah org nak ckp apa, just be your self ya :)

    ReplyDelete
  5. tak pandai la nak berhipster bagai ni
    memang lah treng BBNU (budak baru nak up)
    tp kena dengan gaya kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak stail sendiri je senang hehehe

      Delete
  6. hipster tu mende? ah.. tu semua ikut2an. remaja memang suka ikut-ikut .semua benda nak dicuba.trendinglah katakan. al maklumlah i ni dah tua. hipster ke x hipster ke..ada aku kisah? tak mainlah nak tiru2 ikut2 orang ni! cipta diri sendiri, biar org tiru kita tak pyah nak tiru org sangatlah..ada bran? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! bawak diri sendiri ikut hati nak stail macam mana asal punye taqwa. hehee tak gitu

      Delete
  7. exactly, i feel u. takda niat ke nak ikut trend ke apa, just pakai je apa yang selesa. pastu orang duk kata hipster lah apa. haha. but for me, hipster ialah pakaian harian yang bergaya. itu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kadang2 tu termasuklah waktu tidur pun kena bergaya. baru nampak macam orang kaya katanya hehe

      Delete
  8. Lucu la bab bab hipster nih hahhaha

    ReplyDelete