Monday, 8 February 2016

don't judge people with their course

Assalamualaikum.

Aku dah lama simpan entry ni dalam draft sebenarnya. 
Aku rase macam emotional sikit bila aku tulis entry ni.

Korang pernah tak ada kawan korang yang suka cakap course yang korang amek tu tak glamer, tak best, tak mencabar, alahhh senang je course kau tu sebab bace jerrr yang banyak. 

Penah tak korang yang cakap tu amek course kitorang? Nape nak cakap macam tu?

Situation1.
Lain fakulti, lain course.

Peah: Kau belajar kat mana? amek course ape?
Pipah: Aku ambil Bachelor of Information Science (Hons) Resource Centre dekat UiTM Puncak Perdana. 
Peah: Oh Puncak Alam erk. (memang dah selalu kena bila sebut puncak perdana je mesti orang akan ingat puncak alam dulu)
Pipah: Bukan. Puncak Perdana.
Peah: Course ape tu? Mesti Senang je kan nama pun tak pernah dengar!

**Moral: Kalau tak pernah dengar kenapa dah judge kata senang?

Situation2. 
Bila sama fakulti, lain course. 

Peah: Kau amek Resource kan? aku nak amek elektif resource lah. Nak jadikan minor terus sebab resource senang.
Pipah: Resource susah lah. Banyak kerja, and ade final exam. Better amek yang tak ade final macam system ke library ada jugak yang tak ada final.
Peah: Tak nak lah. Baik amek resource sebab resource senang. 

**For the new semester 
Peah: Weyh aku amek elek lain sem ni. Tak jadi nak jadikan resource sebagai minor aku. 
Pipah: Why?
Peah: Resource susah skor. Soalan final tak ade dalam buku. Susah.
Pipah: I told u before. Y U No Belive me? Baru tahu betapa susahnya budak resource.

**Moral: Padan Muke kau. Hahaha

Dialog sampah aku cipta sendiri. Hahaha

Biasa dah hadap soalan lagi teruk dari ni pon ade jugak. Sampai aku dalam tahap p cakap balik alah system lagi senang tak banyak final tak payah hadap event dok perabih duit. Memang direct aku jawab gitu. Sebab emotional sangat dah time tu. Haha


Kalau mase aku diploma aku amek diploma pengurusan maklumat. Assignment memang gedebuk kau dapat punye berlambak.  Paling-paling 14 assignment satu sem tu biase. Paling sikit hokeyh. Stress memang stress lebih-lebih lagi bile tengok rumate kau relax je sorang dok main game, sorang gayut tepon, sorang tido dan kau struggle hadap assignment. 

Lain jurusan lain stressnya.

Macam lecturer aku cakap, kalau nak tahu course ape yang senang, tengok senarai nama dekan. Kalau ramai dapat dekan maksudnya senanglah course tu. 

Tapi tu cara orang lain menilai. Kalau kau boleh adapt dengan course kau oke je. Jujur aku cakap aku sampai sekarang pening course ape aku amek  ni. Sebab semua bende ade.. Library ade, System ade, record ade. Nah semua resource kongker dah nape?.

Tapi tu lah aku. Aku yang isi borang degree tu main-main je. sape yang suruh kan. Aku lebih terpedaya dengan kata-kata orang yang kata alahhhh resource senang je. Aku pun klik reource atas sekali sebab terpengaruh dengan kata-kata syaiton itu.

Sekalinya bila dah amek hambekkk kau. SUSAH NAK MAMPOS! especially untuk lepasan diploma yang sama jurusan. Terus masuk semester tiga, susah sikit nak kumpul pointer bagii aku lah aku tatau orang lain. Aku ni hidoklah pandai bebeno.

Lainlah kalau kau amek daripada diploma lain. Kau lebih berpeluang untuk skor sebab kau dapat susun jadual credit hour dengan aman sebab kau dah dapat potong banyak credit hour yang kau dah amek mase diploma dulu. Tapi kalau dari matriks atau dari stpm, still boleh skor sebab dari sem satu lect akan ajar korang dari A sampai Z bende baru.. Bergantung kepada individu jugak.

Kalau diploma sama jurusan ni banyak bende yang kita dah lupa. Yelahh nak refresh balik bende yang kau dah belajar mase semester satu diploma. Alamak haiii dah 3 tahun lepas belajar weyhhh sasi baki je yang kau ingat. Lebih-lebih lagi kemasukan aku. Segala syllabus nak ubah mase batch aku masuk tu kenapa? -nangis- Lainlah kau memang jenis otak photostat. Memang hebat.

Aku ingat lagi aku isi borang degree tu masa hari last day isi borang, aku dekat atas katil rumah sewa mase sem 5 diploma. Lepas habis isi je aku relax ajak farah pergi melantak makan malam sebab lapo.

Sebab mula-mula aku rase tak nak sambung degree sebab aku tak ada confident dan aku tak rase aku boleh habis diploma masa tu. Mungkin sebab tu aku masih tak pandai2 time degree ni.. maybe.


Moralnya. Fikir betul-betul dengan apa yang kau nak amek. Jangan main-main macam aku. Aku ni jenis pelupa. Jangan jadi macam aku. Jangan pilih course tu sebab kau nak glamer je.

Aku tulis entry ni bukan nak aibkan sapa-sapa oke. Aku taip dari pengalaman aku je yang aku nak share dekat semua orang.

Sekian. Bye

4 comments:

  1. betul tue, org suka judge apa ja course yg kita ambil...
    apa pun , tiada benda yg senang nie dlm hidup, Insya'Allah yaya you can do it :)

    ReplyDelete
  2. Lahhh, budak IM kat P.Perdana ke? Bdk IM jugak niiii. Hehe :)

    ReplyDelete
  3. kalau den, setiap kali cakap amik BEN (English Language) terus kena setepek soalan;


    "Ah, nakjadi cikgu lah ni?"

    *menangis sesungai*

    ReplyDelete