Friday, 26 February 2016

Barang yang perlu dibawa ke uitm

Tergerak hati nak tulis entry ni sebab aku dah degree ni pun aku still setiap kali nak masuk semester mesti akan senaraikan barang-barang yang akan aku bawak untuk balik uni. 

Dan sudah semestinya ada sahaja barang yang tinggal. Nasib baik sekarang belajar uitm puncak perdana. Dekat lah jugak dengan rumah. Kalau dulu mase belajar dekat uitm merbok kedah tu. Kalau ada barang tinggal mula lah aku nak drama menangis masa mandi. Hahaha

Tapi akhirnya aku pinjam dekat  farah rumate aku. Ade masa nak keluar pergi sungai petani baru beli baru. Duit melayang, pastu nangis lagi.

Aku paling stress kalau baru je masuk semester tapi kasut aku bantai putus pulak. Tak pun haus tapaknya. Sebab tu mama aku selalu pesan biar beli kasut mahal sikit asalkan tahan lama. Lainlah kalau korang memang suka tukar-tukar kasut. Tu kategori lain. 

Selalunya rak kasut bahagian aku dekat kolej tu kemain lagi penuh sederet kasut aku tapi at last aku akan ulang kasut yang sama jugak. Sampai lunyai kasut tu aku lenjan.

Kekurangannya bila dah duduk dekat sikit dengan rumah ni. Masa awal sem barang memang penuh kereta, bila dah akhir sem kena buat dua round angkat barang sebab banyak sangat barang. Yelah mana tak nya tiap kali balik angkut lagi bajulah, itu ini.

Tapi pergi kelas dok ulang baju sama jugak. Sampai ada yang tegur aku kata aku asyik pakai jubah hitam yang sama tu. Ekceli aku ada satu je jubah dan ia berwarna hitam. Tak gosok sebab hitam mana nampak. Haha

Akibat aku suka pergi ke kelas sampai kelas cancel pon still nak pergi jugak. (dalam hati mengamuk jugaklah) sehinggakan kasut aku menjadi haus tak pun putus. Mungkin aku terlalu ganas atau kasut tu yang tidak berkualiti.

Atas pesanan doktor, untuk mengatasi masalah kulit saya yang mulus ni daripada terkena matahari, maka saya pergi menggunakan kasut atau stokin yang agak tabal. Tapi tak boleh pakai lama-lama sangat sebab nanti kaki akan kepanasan pula.

Orang sakit eczema macam saya pasti akan paham.



Okeyh pertama sekali dalam pikiran saya ialah sport shoes. Kenapa sport shoes dan kenapa bukan sneakers ialah sport shoes saya boleh pakai bila saya nak pergi jogging ke, gym ke... so jimat. 2 in 1.

Tak kisahlah design macam mana asalkan selesa untuk dipakai. Design lelaki pun kadang-kadang saya bedal je. Paling pentung ianya flexible dan mudah dilenturkan sebab saya suka lenturkan kaki saya dalam kelas dekat besi bawah meja sebab kaki saya selalu krem bile dalam kelas sebab sejuk aircond agaknya.


Kemudian bukan itu sahaja, ini juga telah memenuhi sahsiah rupa diri uitm. Jangan risau. Tapi janganlah pakai sport shoes dengan baju kurung. Kalau dekat merbok dulu memang dah kena saman dah. Pakai lah bile tengah casual. Macam aku memang suka pakai seluar slek. Tapi kawan aku pernah cakap yang nampak selekeh. Tapi bagi saya ianya selesa. Itu lagi penting daripada pandangan orang.

Biarlah kasut tu mahal sedikit dan anggaplah sebagai pelaburan. Asalkan kasut yang kita pakai tu tahan lasak dan selesa.

Ada lagi nak tambah pasal barang yang perlu dibawa ke uitm. Boleh komen dekat bawah. Boleh adik2 baru part 1 siasat. Hehehe 

3 comments:

  1. ermm saya selalu jugak pakai baju kurung or jubah dgn sport shoes, hahaha

    ReplyDelete
  2. Dekat puncak boleh je. Tp kalau dekat uitm merbok dulu tak boleh ehhehe

    ReplyDelete
  3. pakai warna hitam memang best..akak suka pakai tudung hitam waktu study, tak perlu iron pon hahaha senang..

    ReplyDelete