Thursday, 28 January 2016

Kun Faya Kun

Korang percaya tak pada apa yang terjadi semua ni ade hikmahnya? Samada nak atau tak nak kene percaya jugak yang semua berlaku ada hikmah di sebaliknya. 

Ada yang panggil karma, what u did u get back, tapi ni semua kun faya kun. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia. 

Aku hidupkan blog ni tengah pagi buta. Sebab aku nak jadikan blog ni tempat aku simpan kenangan. Kenangan aku banyak2 ni. Bukan semua kita boleh ingat dalam kepala otak ni kan. 

Walaupun buat essay ayat-ayat ni bukanlah diri aku sangat, sebab aku ni pemalas sebenarnya. Manelah aku reti sangat nak karang-karang ayat ni. Jangan korang bosan sudah. 

2016 baru bermula walaupun dah lebih separuh bulan. Dah 28 Januari, bukan separuh lagi, akhir bulan dah pun.

Disini, saya sediakan ruang khas yang baru untuk saya. Tempat untuk saya menulis, bercerita, berkongsi dan apa-apa je lah. 

Dan permulaan hidup saya pada usia ini akan bermula dengan pelbagai cabaran. InsyaAllah semua akan dikongsikan dalam diary ini. Macam sedih pulak. 

Aku tak nak tulis dah. Takot bosan.

Bye. 
Assalamualaikum.

Yaya.

No comments:

Post a Comment