Monday, 31 July 2017

My Weekend

Assalamualaikum
Hye.

Hujung minggu aku simple je sebenarnya.
Ada weeding kawan baik aku dekat dengan rumah dia je. Dekat jugaklah dengan rumah aku.
Itu nantilah aku story.
Lepas wedding tu, iera ajak pergi the mines. Aku on je lah sebab aku nak amek jam tangan aku repair dekat sana. Iera ajak tengok wayang. Aku okey je sebab aku tengah stress. Boleh lah nak release sikit. Mula-mula nak tengok cerita Baby driver, tapi sebab lewat sangat.

So tengok cerita valerian.
Dapat harga murah RM 10 jerr. Pakai Maybank punye card. Ingat jangan pakai wave tau! pakai pin number!. 


Disebabkan wayang lagi sejam kitorang melepak kongsi makan icecream 2 scoop ni. 
Sebab tak dapat icecream dekat rumah pengantin punya pasal. Hahaha 

Masa beli pop corn tu aku usha je bende alah ni pastu aku tanya adik kaunter tu dia siap amek dua-dua kaler tunjuk aku. Lawa. Terus teringat tak ada cawan siap ade straw lagi dekat opis. 

So, terus grab. Murah masa ni. Aku mintak air ice lemon tea. Takut nak minum air gas sebab aku tengah sakit perut melampau tatau sebab ape. 

Pulun snap dalam gelap tu.

Rasa macam nak buat review tentang cerita ni sebab memang best. 

Terus harini bawak pergi opis. Semangat nak minum air uolsss.
Hahaha

Hujung minggu aku selalu hambar. Ni kira tak hambar lah siap p berjalan dengan kawan-kawan. Hahaha Bertiga je sebab paan nak kena balik rumah, syahir nak balik penang dah.

K bye.

Love, 
Yaya
Saranghae

Sunday, 30 July 2017

Percutian Ekslusif Membuatkan Hari Lebih Bahagia


Aku pernah buat dokumentari pasal balai seni lukis KL untuk assignment aku masa sem 5 kot. Alah yang dekat dengan library negara tu. Suara latar mase tu ialah suara aku. Jadi aku masih ingat ayat aku pasal KL. Opkoslah sebelum start dokumentari tu kene pengenalan Wilayah dulu. Tak akan terus pasal Balai Seni kan. Okey aku bagi tahu..

Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km, yang diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.

Kuala Lumpur juga merupakan bandar raya besar di tengah di Semenanjung Malaysia, iaitu di antara Pulau Pinang, Ipoh, dan Johor Bahru. Perjalanan ke Butterworth dan Padang Besar ialah sepanjang 450 km dari Kuala Lumpur melalui keretapi tren ETS yang hanya menggunakan 3 jam dan 5 jam. Aku memang dah teringin sangat nak naik ETS ni. Siap ada rasa nak ajak mama p padang besar naik ETS. Sebabnya mama mesti suka dapat shopping bakul dekat Padang Besaq. Homaigad bestnya. Tapi mesti susah menghangkut barang shopping. Hahaha. Oh ya, keretapi tren ETS juga banyak membantu masyarakat Kuala Lumpur. Dulu aku pergi tuition naik keretapi weyh dari serdang ke KL. Syok!! Sekarang sikit pun tak nak naik kereta api. Tapi kalau ada ramai-ramai aku nak. Mesti syok ramai-ramai.

Dulu kan, sebelum aku rajin balik dari Kedah naik Flight, aku selalu naik keretapi. Selalu dengan Aini. Aini ingat tak? Lama gila weyh 9 jam. Lepas tu dia dah start berhenti butterworth, terus jadi nak 12 jam. Weyhhh aku krem satu badan. Tapi sekarang, dah ade keretapi laju ini dijangka 5 jam untuk tiba di Padang Besar di Perlis, iaitu bandar dan negeri terakhir lintasan keretapi Malaysia 5 jam je weyh!!! Jadi, jam diambil sampai ke destinasi keretapi laju Malaysia ini adalah serentak dengan jam keretapi laju di China iaitu dari Shanghai ke Beijing yang juga menggunakan 5 jam. Syoknya teknologi sekarang. Rasa macam dah tua pulak hahaha.

Tapi kan, perjalanan untuk pergi ke bandar raya dunia, Singapura juga melibatkan 350 km je melalui lebuh raya. Terdapat pelbagai jenis bas di Kuala Lumpur dan Singapura ini adalah berbolak-balik di atas laluan Kuala Lumpur-Johor Bahru ini. Sebab tu lah, servis bas juga banyak membantu masyarakat macam kita ni dan pelajar (especially) Johor di Kuala Lumpur untuk balik ke kampung menjelang musim perayaan dan cuti semester. Cuti semester ni penting hokeyh kang tiket habis mahu melalak satu kolej. Hahaha (macam pernah buat je)

Dulu kan, kalau stress je rasa nak p bercuti. Kan dulu aku pernah sakit dekat Kedah, doctor siap cadangkan aku p bercuti. Paling-paling suruh aku p tidoq hotel tenangkan diri. Sampai mcam tu. Hahaha mesti nak hotel yang best kan. Dah habis belajar baru akak aku suruh p. Dia bagi duit sebab mase tu nak tunggu dia mai dari terengganu. Tu tidoq hotel hahaha. Tapi dekat KL ni, banyak kot hotel best! Contohnya dekat dengan rumah aku ni. Ade Palace Of The Golden Horses yang best dan cantik. Dari jauh dah nampak lawa gila kot!. Lepas lalu sapura tu rasa macam nak singgah je lawa kot!



Jadi kalau korang tengah mencari percutian yang ekslusif di Kuala Lumpur sambil menyiapkn tugas kerja ke, assignement ke dekat Kuala Lumpur ni, penginapan yang paling sesuai adalah Penginapan di Palace Of The Golden Horses ialah pilihan yang baik apabila anda melawat Mines Wellness City.

The mines kan dekat je dengan rumah aku. Opkos aku nak promote. Best weyh! Resort ni terletak hanya 3.37 km dari Stesen Bandar Tasik Selatan Station. Resort ini memang senang sangat senang ditemui kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan kemudahan awam. Amek KTM Serdang pun boleh aih. Palace of the Golden Horses ni terletak 15 minit je kalau korang drive dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjarak 35 minit memandu dari hotel ini. Ikut kelajuan. Sebabnya kalau abah aku yang drive, nak sejam lah. ahahahaha

Bayaran guest tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel. Seriously memang cantik sangat view dekat sini. Boleh naik cruise dekat The Mines sambil tengok Wahhhh syoknya!


Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan. Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin. Perkhidmatan pengangkutan ulang-alik lapangan terbang tersedia pada waktu terjadual.

Bilik-bilik dekat Golden Horses Palace ni ade balkoni peribadi serta pemandangan tasik, premis hotel, atau bandar. Tengok view dia!! Cantiknya YaRabbii


Setiap bilik dekat sini dilengkapi dengan TV skrin rata, peti keselamatan senanglah nak p swim letak semua barang berharga, dan alat pembuat teh/kopi (penting hokeyh!).

Perkhidmatan kualiti tertinggi berserta kemudahan yang banyak akan membolehkan korang mendapat pengalaman percutian yang paling baik. Meja depan dekat lobby tu 24 jam tersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada anda, dari daftar masuk hingga ke daftar keluar, atau sebarang bantuan yang anda perlukan. Lawanya lobby!

Jika korang inginkan lebih lagi nak ape-ape ke, jangan ragu untuk bertanya kepada meja depan, diorang sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan anda. Dekat sini jugak kalau korang nak tukar duit ke, memang 24 jam untuk penukaran mata wang ada! aturan lawatan, perkhidmatan tiket dan concierge pun ade dekat kaunter.

Pusat Persidangan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terletak di sayap yang berasingan dan menawarkan 19 bilik yang lengkap dengan kemudahan mesyuarat dan perkhidmatan bankuet. Teater kecil pun ada boleh muat dengan 300 tempat duduk juga disediakan.

Untuk rundingan kesihatan, tetamu boleh mengunjungi Golden Horse Health Sanctuary.

Swimming pool!!!
Pilihan istirahat yang ditawarkan termasuk berenang di kolam renang luaran. Dekat sini ade swimming pool weyh! Dulu kan, selalu ikot abah meeting sebab nak mandi swimming pool. Kalau tak ade swimming pool, abah bawak pergi tempat yang ade swimming pool dekat KKB. Syok kot mandi pool.

So, swimming pool ni penting jugak!! Baru boleh nikmati hari yang menyeronokkan dan santai di kolam, sama ada anda mengembara secara solo atau bersama orang yang tersayang atau berurut di Rumah Tanjung Spa. Syoknya spa.

Hotel ini juga mempunyai sebuah gimnasium yang serba lengkap. Pusat kecergasan resort ini adalah yang wajib dicuba semasa penginapan anda di sini. Kira korang dok spa, shuben p gym! Tak ade lah shuben bosan tunggu korang. Gittewww.

Nikmati hidangan kegemaran anda dengan makanan istimewa dari Palace Of The Golden Horses eksklusif untuk korang.

Korang mesti nak cari akses WiFi kan? Jangan risau dekat sini WiFi tersedia dalam kawasan umum penginapan ini agar anda sentiasa terhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.

Jom weyh kita ciptakan memori yang berharga dan tidak dapat dilupakan sepanjang penginapan anda di Palace Of The Golden Horses. Aku nanti nak bawak mama dekat sini lah!! Kalau mama tak nak, aku nak p dengan iera ngan ros! opkos kawan baik aku tu. Travel partner jugak walaupun setakat Palace of The Golden Horses ni sekangkang kera je dari rumah aku. Tapi kena tol jugak kan. So, aku nak pergi. Okeh aku nak order dekat Traveloka!!! Sebab sana jauh lagi best dan murah!! Jom segera find best price on Palace of Golden Horses on Traveloka. Aku kalau nak order percutian memang suka order dekat Traveloka tau sebab best dan murah! Website dia pun mesra pelanggan! Gitteww..

Nak honeymoon ke, bercuti keluarga ke, release stress ke, semua boleh eh!

gambar credit dari google.